Sibuk berjalan sampai malas nak bukak laptop. Okayh skrang adalah time untuk update part 2.
25 Sept 2015
Kami start perjalanan pagi dari Kuala Perlis ke Langkawi.
Oleh kerana cuti sekolah x habis lagi jadi croud sangat kat jetty, kami hanya dapat tiket
ferry pukul 11.00pagi ( Trip tambahan ).
Jadual perjalanan K. Perlis - Langkawi sila zoom. Dewasa - Rm 18/one way Kanak2 - Rm 13.00/one way Perjalanan mengambil masa 1 Jam 15 Minit |
Click Link ni ---- ticket.langkawiferryline.com/
Lebih kurang pukul 12.15 tengahari kami sampai di Jetty Kuah , Langkawi. Secara rasminya Welcome To Langkawi!!! Plan perjalanan hari ni hanya untuk berehat jer disebabkan perjalanan yang panjang dan kami akan ada masa untuk merancang perjalanan esok.
Untuk Transport - Kereta sewa adalah pilihan terbaik sebabnya Langkawi ni agak kecil jadi xjadi masalah untuk cari jalan. Hanya perlu GPS + Map ^_^
Kereta sewa - Rm 60/sehari ( Myvi Auto )
Penginapan , Kami tinggal di Resort budget xjauh dari kawasan Kuah.
Mudah nak g mana-mana. Rancangan asal untuk stay di kawasan cenang tapi trip kali ni xplan untuk mandi manda.
Resort - Twin Peak Island Resort
Rate - Rm100/night ( Termasuk Breakfast )
Untuk makan, kat Kawasan kuah agak mudah untuk dapatkan makanan. ada banyak kedai makan. ^_^